Ahad, 7 September 2014

10 nasihat dari usahawan untuk usahawan

10 nasihat dari usahawan untuk usahawan 

1. Yakin pada diri sendiri

Keyakinan boleh dikaitkan dengan keberanian. Berani mencuba dan berani menanggung resiko. Bila tiada orang lain yang yakin pada anda, anda harus yakin untuk anda bangkit semula dalam bisnes anda. Apabila hanya ada RM50 duit dalam poket anda, anda perlu yakin anda pasti berjaya satu hari nanti. 

2. Fokus dengan bisnes yang pertama.

Sebelum memulakan bisnes lain anda harus fokus untuk memajukan bisnes pertama anda hingga berjaya. Jadikan ianya ibu duit . Jika apa pun terjadi dalam bisnes anda, anda masih ada tapak di bisnes pertama anda. Jangan ditinggal bisnes pertama kita tu.

3. Jangan cepat putus asa.

Kemurungan dan kekecewaan hanya akan membunuh jiwa merdeka anda. Siapa pun ada masalah.Lebih lagi mereka yang berbisnes. Anda perlu yakin menyelesaikan masalah tersebut. Teruskan berkayuh supaya tidak jatuh walaupun perlahan. Allah tempat kita mohon petunjuk dan berharap setelah kita berusaha. Mulakan keberanian yang baru.

4. Kejayaan perlukan masa.

Jangan tamak dengan peluang. Kejayaan perlukan masa dan fikiran dan tenaga. Betullah kata mak " yang cepat naik takut takut cepat matinya".

5. Bisnes untuk bantu ramai orang

Bisnes untuk staf, bisnes untuk islam, bisnes untuk keluarga BISNES NI BUKAN HANYA UNTUK KITA. Bisnes memang susah, mana ada yang senang. Bisnes bukan untuk duit. Bila anda kejar duit anda akan dapat duit tapi penat.

6. Jangan harapkan bantuan.

Bisnes kita, kita yang jaga. Jangan harapkan orang lain boleh tolong bisnes kita. Jangan salahkan staf, jangan salahkan kerajaan, jangan salahkan mentor jika bisnes kita teruk. Inikan bisnes kita.

7. Bisnes perlu sabar dan konsistan.

Mak selalu pesan dengan saya, bisnes perlu sabar dengan cabaran dan halangan. Berjalan menuju target impian seperti melangkah kaki kiri dan kanan. Kaki kiri kemenangan dan kaki kanan adalah kekalahan. Yang pasti walaupun kalah dan menang akhirnya kita akan sampai target impian.

8. Bisnes untuk akhirat

Jika kita punya matlamat yang besar untuk akhirat. Bila bisnes sedang baik kita bersyukur dan bila bisnes ada masalah pun kita bersyukur. Allah akan beri rezeki yang melimpah ruah kepada mereka yang bersyukur.

9. Bisnes perlu ada impian.

Ramai usahawan suka-suka je berniaga. Mereka tidak punya matlamat yang jelas untuk impian mereka. Bisnes mereka ikut - ikut.

10. Bisnes perlu ilmu

Ramai rakan usahawan yang bisnes membabi buta. Saya juga begitu suatu hari dulu. Saya membayar yuran kegagalan yang sangat mahal. Dengan ilmu dan berusaha memperbaiki diri setiap hari, anda pasti berjaya. Belajarlah teknik marketing, belajarlah BMC, belajarlah kira untung bukan besar kecil bisnesnya. Jangan sombong, belajarlah dengan siapa sahaja.

#CoachBahar.

Saya bukan yang terbaik dikalangan kamu. Saya juga pernah jatuh dan rebah dalam bisnes. Jika saya tidak menasihatkan kami, maka sampai bilapun kita akan melakukan kesalahan yang sama. 

Sabtu, 6 September 2014

★♡12 langkah bijak meningkatkan potensi dan motivasi diri♡★

★♡12 langkah bijak meningkatkan potensi dan motivasi diri♡★

1.Berhenti membandingkan diri dengan orang lain 

2.Berhenti merasakan diri paling ketinggalan dari semua segi Jalan membalas pujian dengan ucapan “oh ia takde apa-apa”. Malah terima lah semua pujian dengan ucapan “Terima kasih”. 

3.Anda berhak merasakan diri bahawa anda layak untuk pujian tersebut asalkan jangan meninggi diri dan bongkak.

4.Selalu berkata kepada diri, “Saya amat berharga dan bernilai, saya dicintai oleh semua orang dan saya layak untuk mendapat yang terbaik dalam kehidupan”.

5. Selalu mendengar dan membaca kata-kata motivasi dari orang yang telah berjaya.

6.Selalu bergaul dengan orang-orang yang berfikiran positif dan supportif.

7. Buat senarai kejayaan yang telah anda capai pada masa lalu dan lihat senarai tersebut setiap hari.

8. Buat senarai sifat-sifat positif dan bandingkan diri anda. Adakah anda mempunyai sifat-sifat tersebut. Jika belum, UBAH.

9. Lebihkan memberi. Didik sikap memberi berbanding menerima. Tidak semestinya ia berbentuk wang semata-mata. Apa sahaja terutama penglibatan anda dalam masyarakat (usaha, tenaga, masa dll.)

10. Libatkan diri dalam aktiviti yang anda betul-betul minati. Motivasi diri akan meningkat mendadak apabila melakukan perkara-perkara dengan ikhlas kerana minat dan anda akan merasakan diri anda bernilai dan berharga.

11.Menjadi diri anda sendiri. Hidup sebagai diri anda – hidup anda bukan ditentukan oleh orang lain. Anda tidak akan berasa berharga dan tidak hormat pada diri sendiri jika bukan anda yang menentukan jalan hidup yang anda mahukan.

12.Ambil TINDAKAN! Jangan rasa takut dengan kegagalan. Jika anda bertindak dan melakukan dengan terbaik, walau apa sahaja perkara yang berlaku, anda tidak akan berasa menyesal kerana anda sudahpun bertindak dan membuat yang terbaik. Jika berjaya, ia pastinya akan melonjakkan motivasi dan nilai diri anda. -

Hobi Sebagai Sumber Pendapatan

Cukupkah jika sekadar ada minat yang mendalam dan semangat juang yang tinggi untuk menyernpurnakan impiannya itu?
.
Mampukah hobi itu dikomersialkan dan bagaimana untuk mengekal perniagaan itu?
.
Ikuti pandangan pakar perunding kewangan dan beberapa orang yang memulakan perniagaan bermula dari hobi. Menurut Perunding Kewangan, Sunthara Segar, setiap individu yang ingin memulakan bisnes berasaskan hobi periu memahami ruang lingkup perniagaan yang akan mereka ceburi itu.
.
Perkara utama yang perlu mereka lakukan adalah membaca buku berkaitan perniagaan dahulu, bagaimana menguruskan perniagaan dari peringkat mula sampai ke akhir iaitu tahap di mana bisnes boleh dijual kepada pihak ketiga dengan keuntungan berlipat ganda.
.
Sekiranya mereka berhasrat ingin mengkomersialkan perniagaan berasaskan hobi itu, mereka tidak seharusnya memandang enteng soal kewangan bisnes. Setiap bisnes mempunyai dua jenis punca rezeki.
.
Yang pertama dari keuntungan harian atau bulanan. Yang keduanya dari niiai jualan semula di satu masa nanti. Nilai jualan hilah yang bakai menjadikan wanita bersara awal jika dia mahu.
.
Persoalannya adakah dalam keadaan ekonomi yang suram ini memberi rnanfaai kepada mereka untuk memulakan satu bisnes yang baru?
.
Keputusan memulakan bisnes ini sememangnya akan memberi manfaat dari segi kepuasan peribadi tetapi dari segi praktikal mereka periu membuat kajian tentang dua perkara berikut.
.
Pertama jika memulakan bisnes sekarang apakah pasaran bersedia menerimanya. Kedua. kalau mereka memulakan bisnes itu larnbat iaitu menanti sehingga ekonomi RM1000, tidak salah untuk terus memulakan perniagaan sebab risiko hangus modal pun kecil sahaja.
.Walau bagaimanapun, setiap peniaga perlu menguasai teknik pemasaran sama ada secara internet (online) ataupun offline secara tradisi. Sebagai makluman, saluran pemasaran yang aktif akan membawa kepada hasil jualan yang mantap dan ia juga akan memastikan aliran tunai perniagaan sentiasa sihat. Hal ini dapat diperoleh sekiranya mereka mengawal perniagaan dengan ketat.
.
Pengetahuan menguruskan aliran wang keluar-masuk juga perlu diketahui. Wajib bagi mereka menyimpan rekod kewangan harian secara manual yang dicatatkan di atas sekeping kertas atau perisian. Rekod ini mustahak untuk disimpan dengan teliti. la akan berguna kepada mereka apabila hendak memohon pinjaman untuk membesarkan perniagaan.
.Sememangnya peluang untuk memulakan perniagaan berasaskan hobi ini begitu luas dan hanya dibatasi oleh imaginasi dan minda sahaja. Sebagai contoh, baru-baru ini syarikat televisyen tempatan telah menyiarkan kisah perniagaan kuih lapis Sarawak yang bermula secara kecil-kecilan pada tahun 2008. Berkat kegigihan pengusahanya, perniagaan itu kini berjaya membawa keuntungan hingga setengah juta.
.
Walau bagaimanapun, bukan semua perniagaan berasaskan hobi itu berjalan dengan mudah. Ada beberapa rintangan dan halangan yang perlu dihadapi oleh pengusaha itu sendiri. Misalnya tiada pasaran, bekalan tidak mencukupi, masalah kewangan dan sebagainya. Ada kalanya masalah-masalah begini membuatkan pengusaha patah hati dan tidak dapat bertahan untuk meneruskan perniagaannya.
.
Apa yang perlu mereka lakukan jika berhadapan dengan masalah begini?
.
Jawapannya bergantung kepada kekuatan personaliti dan minda mereka. Selalunya usahawan mempunyai sikap tidak mengalah yang tinggi. Jadi tanya pendapat usahawan lain dahulu.
.
Boleh juga berunding dengan pihak bank untuk mendapat suntikan kewangan. Membaca buku- buku motivasi seperti kisah kejayaan orang-orang yang telah berjaya juga membantu. Namun, elakkan mendengar berita-berita suram mengenai bisnes ini. Jika tidak berjaya, cuba pula dengan kaedah lain.
.
Dalami Ilmu berkaitan Hobi
.Jika boleh daftarkan diri dan ikuti aktiviti yang dianjurkan oleh kelab-kelab hobi berkaitan dan berdekatan dengan lokasi tempat tinggal anda. Internet memberi ruang informasi yang paling cepat dan padat. Justeru, cari mengenai hobi itu di dalam internet, membaca secara percuma di perpustakaan atau membeli di kedai buku.
.
Jika anda seorang yang rajin berjalan, cuba melawat "flea market" kerana di situ ada gerai-gerai yang menjual produk berasaskan hobi. Antara perniagaan berasaskan hobi yang boleh mereka usahakan adalah penjagaan bayi, kanak-kanak ataupun program perkembangan kanak-kanak, fotografi seperti fotografi laut, tanaman pokok bonsai, ukiran-ukiran seperti lilin dan kayu dan merakam video pendek.
.Pasti ketika ini anda sudah berkira-kira untuk memulakan perniagaan dengan hobi yang ada. Anda juga mula berfikir pasti hobi andalah yang paling sesuai untuk dijual di pasaran pengguna.
.
Tunggu dulu!
Anda perlu tahu apakah pasaran tersebut. Sebab jika ada pasaran tentu ada permintaan untuk produk. Masalahnya ialah adakah usahawan tahu apa sebenarnya produk yang didambakan pasaran tersebut. Jadi apa saja hobi yang mempunyai pasaran yang lapar ialah hobi yang paling sesuai.
.
Satu ingatan kecil dari saya ialah bila hobi dijadikan bisnes ada kemungkinan unsur "keseronokan" akan hilang kerana mengurus bisnes memang ada tekanan. Jadi pandai-pandailah buat keputusan.